(Sumber gambar: Sarawak Report)

Cuai atau Curi? 

Dalam tempoh 4 tahun lamanya, tak kan lah Najib langsung tidak sedar berbillion-billion ringgit dilencongkan beberapa kali ke akaun-akaun yang mencurigakan di luar negara?

  1. Sep 2009: daripada Islamic term notes RM4.3+ untuk Petrosaudi Joint Venture
  2. 2011-12: daripada pinjaman RM4.0b oleh KWAP (SRC)
  3. May 2012: daripada bon Goldman Sachs RM7.5b untuk pelaburan dalam IPPs
  4. Mac 2013: daripada bon Goldman Sachs RM13.0b untuk pembangunan TRX

Kalaulah benar pun dakwaan dia ditipu, paling tidak ini bermakna bahawa Najib sungguh tidak pandai & amat cuai, maka tidak layak memegang jawatan tertinggi negara. Dan manakah permohonan maaf daripada dia? Negara kehilangan berpuluh-puluh billion ringgit!

Audit

1MDB menggunakan sampai TIGA firma audit antarabangsa yang terkemuka (BIG 4) dalam tempoh 5 tahun. Firma-firma yang bukan kaleng kaleng saudara, saudari:

  • 2010: Ernst & Young dipecat kerana mempersoalkan ‘pelaburan’ PetroSaudi
  • 2010: KPMG tandatangani audit* hanya selepas kerajaan UAE mengesahkan kerjasama antara syarikat di UAE itu (PSI) dengan 1MDB. Itu pun ada Nota “emphasis of matter”. Dalam dunia audit, ianya bermakna ‘pemegang saham perlu berhati-hati’ (red flag).
    Akhirnya, pada tahun 2014, KPMG enggan tandatangani akaun 2013 kerana 1MDB tak dapat membuktikan kesahihan ‘unit pelaburan’ di Cayman Islands & lalu meletakkan jawatan
  • 2014 Deloitte dilantik tetapi telah menarik balik audit tahun 2013 pada tahun 2016

*Hanya selepas PH ambil alih & telah de-classify dokumen2 1MDB, KPMG akhirnya menarik balik audit 2010, 2011 & 2012
Tidak kah isu2 audit yg betahun2 lamanya tidak menimbulkan kecurigaan? Dan kenapa ada BANYAK usaha untuk coverup? Terutamanya mengenai unit di Cayman

Akaun tahun kewangan 2013 tidak diaudit firma luaran sehingga sekarang dan hanya diaudit oleh Jabatan Akauntan Negara pada tahun 2015 yang mana berikutnya diserahkan kepada PAC (Jawatan Kira-Kira Wang Negara) untuk siasatan dan laporan selanjutnya kepada Parlimen

Kesimpulannya: Tidak kah segala isu-isu besar audit daripada awal lagi iaitu tahun 2010 untuk Tahun Kewangan Pertama 2009 tidak menyedarkan Najib dia ditipu Jho Low? 

 

Soalan tambahan: Kenapa Laporan PAC 2016 diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) & kenapa nama Jho Low dikeluarkan drp laporan akhir tersebut? Kata Najib ‘Nothing to Hide’ konon

Nota tambahan: Kesudahannya, ‘unit pelaburan’ di Cayman hanyalah palsu untuk menutupi kecurian pertama (re: PetroSaudi 2010)

Banyak tekanan telah diberikan termasuk TheEdge & Tony Pua pada tahun 2015 untuk membuktikan kesahihan unit2 tersebut

Kalau betul ditipu Jho Low, kenapa disorok?

Dan kenapa Najib tak disoal PAC? Jawapannya..

(Sumber gambar: Malaysiakini)

Petanda-petanda Awal

 Mari kita kaji garis masanya:

  • 31 Jul 09: 1MDB bermula – diambil alih dari TIA MoF & ditukar nama
  • Oct 09: Wang USD700j disalur kepada Good Star (Syarikat Jho Low) TANPA kelulusan atau pengetahun Lembaga Pengarah. (Berikutan itu, US330j lagi dilencongkan ke Gold Star & US500j lagi hilang – jumlah pencurian pertama berjumlah USD1.53b!)
  • Akhir Oct 09: Pengerusi TS Mohd Bakke letak jawatan kerana marah dan membangkang dgn tindakan tersebut

Hanya berapa bulan saja usia 1MDB sudah timbul masalah yang besar! Berdasarkan kejadian ini saja, Najib patut sedar (kalau lah dia benar tertipu) tetapi sebaliknya…

Dari 2009 hingga 2014 berlaku beberapa lagi rompakan oleh Jho Low. Jumlah USD5b kesemuanya (>RM20b). Dalam tempoh 4 tahun LAMANYA & BERKALI2

 

U-Turn

DAN yg ini amat ganjil:

  • Mar-Apr 18: Sebelum PRU14 Arul Kanda buat roadshow selama 2 bulan. Konon-kononnya tiada masalah, malah untung!
  • May 18: Najib hilang kuasa
  • Nov 18: Najib kata dia mungkin ditipu Jho Low
  • Dec 19: Dalam perbicaraan di Mahkamah, tiba-tiba Shafee kata Najib memang ditipu Jho Low

Dalam masa yang singkat saja Najib buat u-turn. Itu pun hanya bila sudah jatuh & hilang kuasa. Ini semua bukan tanda2 Najib ditipu tapi menipu

Lagi Cerita Asyik Bertukar

Dalam temuramah dengan Malaysiakini Najib kata Jho Low berharga sebab beliau ada hubungan rapat dengan kerabat-kerabat diraja di Timur Tengah

Tapi kenapa dia tidak diberikan peranan rasmi dalam 1MDB & kenapa merahsiakan penglibatan beliau yang terbukti signifikan?

Dan kenapa Najib mula-mula kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB?

Kemudian dia kata dia tiada kuasa apabila lebih daripada RM3b dilencongkan ke akaun Aabar palsu (yang dibuka Jho Low & rakan-rakan) & dia tidak boleh tahu kemana perginya wang tersebut

Akan tetapi, USD155j drp duit tersebut masuk ke syarikat filem anak tirinya sendiri Riza Aziz, iaitu Red Granite* yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Setiap penjelasan Najib penuh dengan kemusykilan & kepincangan. ‘Tak tahu’ konon, tapi sanak saudara dia dapat menikmati wang tersebut  

*Red Granite lah yg terbitkan filem ‘Wolf of Putrajaya, eh.. Wall Street’

Siapakah yang Menerima Manfaatnya?

 2012: Macamana Riza Aziz boleh perolehi wang 1MDB sejumlah RM656j untuk menubuhkan syarikat perfileman Red Granite (Wolf of Wall St)? Sedangkan wang tersebut datang daripada bon Goldman Sachs yang Najib dakwa tidak tahu ke mana perginya. Kalau tak bersalah kenapa Red Granite pulangkan RM254j kepada DOJ & Riza bayar saman mahkamah di Malaysia sebanyak RM433j?

2014: Sewaktu Najib & Rosmah shopping di Hawaii, kad kredit dia sangkut bila dia hendak membayar RM430k di butik. Dia menalipon Jho Low di mana Jho Low menjelaskan baki kredit kad dia sebanyak RM3.3j! Duit yg dipakai untuk bayar ialah dari SRC yg asalnya duit pencen KWAP dan pelaburan Tabung Haji

RM430k ialah bersamaan lebih daripada 3 bulan gaji dia sebagai PM. Hanya untuk shopping kat sebuah butik saja dalam masa sehari saja

Banyak lagi contoh seperti aset2 di US termasuk beberapa hartanah yg bernilai RM460j yang telah dirampas DoJ
Kalau benar Najib ditipu, kenapa dia & keluarga boleh dapat faedah2 lumayan daripada pencurian2 1MDB? Ini tak masuk lagi ‘derma arab’ RM2.6b dan lain2 lagi duit haram yang dialihkan ke akaun peribadi dia

https://therealdeal.com/…/cut-us-marshals-sell-the…/

Hikayat Dongeng ‘Derma Arab’

(Hakim bijaksana yang kata ☝️)

  • Mar 13: Kenapa ‘derma Arab’ RM2.6b datang dari akaun berkaitan Jho Low, Tanore Finance Corp?
  • Aug 13: Kenapa pulangkan RM2.3b drpnya ke Tanore juga?

Kenapa bukan dari & kembali kepada akaun raja Arab?
Kenapa beratus ribu diguna Najib untuk permata & untuk barangan daripada kedai kereta mewah daripada amaun tersebut?

Dan ke manakah perginya RM2.3b yang ‘dipulangkan’? Menurut DoJ wang tersebut digunakan untuk:

  • RM 120j untuk Pink Diamond & rantai untuk ‘isteri MO1’ (Rosmah)
  • RM 5.5j 27 utas rantai untuk individu yang sama
  • RM 3.2j untuk cenderamata kpd Leonardo DiCaprio
  • Yang lain2nya dialihkan kepada akaun2 berkaitan Jho Low. Ternyata BUKANnya akaun Raja Arab

Mengenai akaun NR di AMBank:
Ianya telah dibuka oleh Jho Low 2 tahun sebelumnya & berstatus rahsia, di mana nama & butiran Najin telah dikaburi & transaksi itu diarah Jho Low kononnya ‘internal transfer’ (sebab inilah ANZ Bank, pemegang saham besar AMBB, tidak dapat kesan). Tidak kah ini subahat namanya? Di antara Najib & Jho Low

Sebenar-benarnya, RM2.6b ini adalah dari 1MDB, iaitu wang jualan bond Goldman Sachs yang diterima beberapa hari sebelum RM2.6b disonglap Najib & Jho Low

Najib perlukan wang tersebut untuk kempen BN di PRU13. Sambil2 tu pakai untuk diri sendiri & bini

Konklusi:
1. Mustahil Najib tidak tau akaun di AMBB telah dibuka atas namanya. Ini bermakna dia telah bersubahat dgn Jho Low & bukannya dia ditipu
2. ‘Cui Bono‘?. Siapa dapat manfaat pencurian tersebut? Jho Low, Najib, Rosmah, Rizal & rakan rakan

 

*Nota untuk ilustrasi cash flow dibawah:
Kenapa banyak akaun digunakan untuk transfer dana ke akaun Najib?
Modus Operandi (teknik) Jho Low ialah dengan menggunakan kaedah ‘layering’ di mana dana akan melalui beberapa akaun sebelum sampai destinasi, bagi mengelak drp dikesan
Kalau movie, mcm hackers buat ‘IP hopping’

%d bloggers like this: